Resepi Puding Roti Berlauk [Terangkat Habis]

Koleksi resepi kali ini kami tampilkan satu lagi variasi resepi puding. Kali ini kita kasi terangkat sikit. Resepi Puding Roti Berlauk yang sememangnya terangkat. Jom kita lihat bahan-bahan untuk resepi puding roti berlauk ini.

Resepi Puding Roti Berlauk [Terangkat Habis]


Bahan untuk Puding Roti
1 bungkus roti sandwish
5 biji telur
650 ml susu segar
sedikit garam

Bahan untuk lauk
400 gm isi ayam cincang
1 biji bwg besar holland (dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (hiris nipis)
lada sulah
Daun bawang,cili merah
Keju Mozarella

Cara Membuatnya
Pukul telur dan susu hingga kembang dan campurkan dengan sedikit garam.

Tumiskan bwg di dalam kuali berisi sedikit minyak.masukkan isi ayam.kacau sebentar.Kemudian masukkan cendawan butang dan selepas itu sedikit lada sulah.goreng hingga masak.
Roti dibuang bgn tepinya..celupkan roti kedlm bancuhan susu dan susunkan kedlm bekas kaserol tahan haba atau sebarang acuan..pastikan di sapu mentega sedikit.Tabur inti ayam diatasnya bersama daun bwg dan cili.celupkan lg roti tadi ke dlm susu dan susun semula spt tadi..tabur inti dan daun bwg dan juga cili..buat sehingga habis..bhgn ats sekali..tabur inti,daun bwg dan cili..parutkan keju mozarella.

Bakar dlm oven selam 30-40 minit dengan suhu 170'C

Untuk hiasan, boleh lah di taburkan dengan keju mozarella, dan daun bawang.
Sudah siap resepi puding roti berlauk. Selamat menjamu selera!!!

0 Response to "Resepi Puding Roti Berlauk [Terangkat Habis]"

Post a Comment