Cheat's Lemon Cheesecake (Tanpa Cheese)

Assalamualaikum. Kali ini nak share resepi cheat's Lemon Cheesecake yang dapat masa tengok program Nigella kat AFC. Apa yang peliknya ialah, rasanya memang cheese tapi tak guna creamcheese pun. Yang penting bahan tak banyak dan tak guna oven.


Cheat's Lemon Cheesecake (Tanpa Cheese)


Bahan-bahan
200g Digestive Biskut (oreo pun bleh gak)
100g Butter (dicairkan)
250ml Susu Pekat
250ml Whipping Cream
1 Biji Jus Lemon
1 Biji Parutan Kulit Lemon
 
Cara Membuatnya
Hancurkan biskut sampai biskut jadi serbuk. Kalau pakai biskut oreo hancurkan dengan cream die skali, tak payah buang. Pakai food processor lagi senang nak hancurkan biskut tu.
Masukkan butter yang telah dicairkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan tadi. Kacau biskut dengan butter tadi dan jadikan die base kek kite dengan masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan-tekan sehingga rata. Masukkan ke dalam fridge sementara kite nak buat filling die.
Pukul susu pekat sehingga kembang kemudian masukkan jus dan parutan kulit lemon tadi dan kacau, kemudian ketepikan.
Pukul whipping cream di dalam mangkuk yang lain sehingga kembang.
Masukkan whipping cream tadi ke dalam adunan susu pekat dan kacau sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi kemudian masukkan ke dalam fridge selama 5 jam atau semalaman. 
 
Jangan lupa bagi diorang rasa dulu dan minta diorang bagi nama utk kek ni. Kalau namanya ada cheese, misi menipu anda berjaya!!!
 
Selamat Mencuba!!!

1 Response to "Cheat's Lemon Cheesecake (Tanpa Cheese)"

  1. Assalamualaikum wrt wbt,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.


    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

    ReplyDelete