Resepi Puding Lapis Tikar

Semalam chatting dengan membe dalam wechat. Tak sangka yang dia pun minat kongsi resepi kek ni. Saje la tanya apa resepi terbaru yang die tengah buat. Untuk makluman, dia tengah usahakan resepi puding lapis tikar untuk hantar ke tadika anaknya sempena sambutan hari guru. Tanpa berlengah lagi saya pun minta la resepi puding lapis tikar beliau. Memang sedap dan unik resepi ini. Jom kita tengok bahan-bahan untuk membuat resepi puding lapis tikar ini.

Resepi Puding Lapis Tikar


Bahan A
7 gm agar-agar serbuk
70 gm coklat masakan
500ml air
50 gm gula
1/8 sudu kecil Nescafe

Bahan B
15 gm agar-agar serbuk
300ml susu cair
250ml air
300 gm gula kastor
3 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil esen lemon
Sedikit pewarna hijau dan kuning

Cara Membuat
1. Masak bahan A sehingga sebati dan tuangkan ke dalam acuan 7 x 7 inci dan biarkan beku.
2. Potong memanjang kepada 8 bahagian.
3. Masak bahan B sehingga sebati. Susunkan adunan coklat di bawah acuan, dan tuangkan adunan berwarna kuning sedikit.
4.Susun lagi adunan yang berwarna coklat dan ulang sehingga habis.
5. Sejukkan dan biarkan beku sebelum dipotong.


Jangan lupa kongsi ye resepi puding lapis tikar ini!!!Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Puding Lapis Tikar"

Post a Comment