Coklat Lava Kek [Resepi Rahsia]

Dah cuba coklat lava kek? Rahsia untuk resepi ini senang je. Ia adalah disebabkan oleh chocolate di dalam cake yang tidak masak. Penggemar coklat pasti tidak ketinggalan untuk mencubanya. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara untuk membuat resepi coklat lava kek ini.

Coklat Lava Kek [Resepi Rahsia]


 Bahan-bahan:

5 sudu besar butter
100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter



Cara Membuatnya

Panaskan oven – 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)

Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.

Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.

Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.

Kalau boleh sejukkan adunan dalam freezer. Kalau tak nak boleh terus masuk dalam oven.

Untuk mendapatkan lava yang memang lava, bakar lebih kurang 13 minit sahaja.

SELAMAT MENCUBA~RESEPI CHOCOLATE LAVA KEK


0 Response to "Coklat Lava Kek [Resepi Rahsia]"

Post a Comment