Nama Malaysia untuk resepi kek semolina ni kek suji. Bahan-bahan yg simple dan senang nak dapat. Kek Semolina ni popular kat middle east dan rasanya sangatlah moist dan sesuai utk mereka yg suka almonds dan raisins.
Resepi Kek Semolina
Bahan-bahan utk loyang 9":
100g suji
50g kismis hitam + 50g badam (dicincang halus)
150g susu segar
250gm mentega
220gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
250gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik/ baking powder
Cara-cara:
1. Satukan suji, susu dan kismis dalam satu bekas dan biar selama 30 minit hingga suji kembang.
2. Ayak tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula sampai berkrim.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati. Akhir sekali, masukkan campuran suji, kismis dan badam tadi dan kacau.
7. Bakar adunan dalam bekas 9 inci pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak sempurna.
Untuk finishing ala-ala salji, boleh lah ayakkan icing sugar di atas kek. Selamat mencuba!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Kek Semolina"
Post a Comment