Resepi Samosa Ayam Mudah

Resepi Samosa Ayam


Bahan-bahan
Lebih kurang 500g isi ayam yang dicincang (1 paket ayam cincang)
2 cawan mix veggie
kulit popiah besar secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ayam - boleh tambah
1 sudu besar sos tiram - boleh tambah
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa
1 biji telur - dipukul sedikit

Bahan utk dikisar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

Cara Menyediakan Inti
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar sehingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang dibancur dengan sedikit air. 
Kacau dan biarkan sampai rempah masak Kemudian masukkan semua ayam cincang dan kacau bagi daging ayam masak.
Masukkan sos tiram , daun sup , mix veggie dan kacau lagi kemudian masukkan garam secukup rasa bila dah masak boleh la ditutup api.

Cara Membuat Samosa


Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan inti ayam secukupnya (terpulang kpd anda) dan boleh la dilipat dan disapu telur pada bahagian akhir lipatan kulit samosa ni . Buat sampai habis dan ketepikan.
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng semua samosa sehingga masak kekuningan . Boleh la diangkat dan ditos .

Mudah je kan? Untuk lebih menarik anda juga masukkan cheese utk sedikit kelainan seperti yg telah sy buat utk resepi karipap cheese.

Selamat Mencuba!!!

0 Response to "Resepi Samosa Ayam Mudah"

Post a Comment