Resepi Roti Oopsie

Kalau anda sedang menjalani diet karbohidrat atau pun kanji, ini antara menu diet yang patut anda cuba. Mudah dan sihat. Terima kasih kak Norhayati untuk resepinye ye.


Resepi Roti Oopsie / Oopsie Bread


Bahan-bahan
3 biji telur (asingkan putih/ kuning)
100g cream cheese (suhu bilik)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
Gunakan whisk, pukul putih telur hingga kembang.
Dalam bekas lain, cream cheese, kuning telur, baking powder dan esen vanilla disatukan dan dipukul hingga sebati.
Masukkan putih telur dan pukul lagi hingga sebati. (Aduan sedikit cair, macam bater).
Sebelum tu panaskan oven pada suhu 200* C. Masukkan adunan dalam bekas aluminium dan bakar selama 15 min.

Bancuhan dimasukkan dalam bekas aluminium

Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 min.
Siap untuk dihidangkan.

Anda juga boleh membakar roti oopsie ni dengan menggunakan tray cupcake atau letakkan sahaja di atas kertas minyak.



Untuk menambahkan lagi kelazatan roti oopsie ini, anda boleh taburkan herba atau biji bijan.


Selamat Mencuba!!!

0 Response to "Resepi Roti Oopsie"

Post a Comment