Resepi Nugget Sihat untuk Anak

Resepi Nugget Sihat untuk Anak

Anak mana yang tak suka makan nugget? Kami sekeluarga sudah hampir setahun memboikot McD. Salah satu sebabnya ialah video ini.



Lepas tengok video ni, nak beli nugget kat pasaraya pun dah takut. Senang je diorang buat nugget. Main 'blend' je semua bahan.

Resepi Nugget Sihat untuk Anak

Kali ini saya nak kongsikan resepi 'home made' nugget saya yang saya olah daripada resepi Jamie Oliver sendiri. Ahamdulillah, anak-anak pun suka. Cuma resepi nugget yang saya kongsikan ini adalah lebih lembut dan senang dimakan/dikunyah oleh anak-anak.

Jadi Cara membuat resepi nugget ni memang senang, saya bermula dengan merebus lebih kurang 150g dada ayam selama 20 minit.

Pastikan anda tidak terlebih masak, kerana kita tak mahu menghasilkan nugget yang agak kering.


Dalam blender, kisar dada ayam yang telah direbus tadi bersama telur dan sedikit garam untuk perasa. Anda juga boleh tambahkan perasa seperti tumix atau pun kuib ayam.

Dada ayam yang siap dikisar
Kemudian, ratakan dada ayam tadi menggunakan tangan mengikut ketebalan anda. Lepas itu, saya guna 'cookie cutter' yang ada kat rumah ini untuk membentuk nugget saya. Kalau nak lebih menarik, guna 'cutter' yang berbentuk dinousor. Anak-anak pasti teruja!!!

Lepas tu gaulkan bersama serbuk roti, dan letakkan di atas loyang pembakar (pastikan anda dah griskan loyangnye ye). Saya sapukan sedikit 'butter' kat atas nugget sebab nak hasilkan kulit yang agak rangup sedikit.


Kemudian saya bakar di dalam oven (pastikan anda 'preheat' ovennya dulu ye) dengan suhu 400c selama 10 minit (5 minit untuk setiap 'side').

Sudah siap!!! Hidangkan bersama sos pilihan anak anda. Selamat Mencuba!!! Jika anda ada resepi lain untuk anak-anak, bolehlah kongsi bersama saya di ruangan komen ye. tq


0 Response to "Resepi Nugget Sihat untuk Anak"

Post a Comment