Rupanya senang je buat pisang goreng cheese. Cuma kena pilih pisang yang betul-betul masak dan manis. Untuk lebih manis saya guna pisang nangka. Memang terangkat kalau makan dengan cheese.
Resepi Pisang Goreng Cheese
Bahan-bahan
Sebiji pisang tanduk/nangka/abu
5 sudu besar Tepung gandum
Garam sikit
Gula sikit
butter (setengah sudu)
Air
minyak masak untuk mengoreng
Bahan untuk buat toping
susu pekat
Keju cheddar *parut
Cara Membuatnya
Macam biasa gaulkan semua adunan untuk menggoreng pisang
Kemudian masukkan pisang ke dalam adunan dan panaskan minyak
Seterusnya, goreng pisang sehingga perang keemasan.
Bila sudah siap menggoreng,toskan minyak
Lepas tu sapukan pisang goreng tadi dengan lebih kurang 1 sudu susu pekat (terpulang kalau suka manis sket)
Da siap...parut keju cheddar kat atas goreng pisang td
Senang ke kan...nak lagi senang...beli je goreng pisang kat kedai dan letakkkan topping...heheheh....
Selamat Mencuba!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Pisang Goreng Cheese"
Post a Comment