Resepi Pancake Yang Simple

Sebenarnya dari dulu lagi kita makan pancake ni. Cuma orang kita panggil lempeng. Tapi dek pengaruh barat, semua orang da sibuk nak buat pancake. Bukan ape, breakfirst ala mat salleh gitu.

So kali ini kami kongsikan respei pancake yang guna buttermilk. Bukan ape memang gebu uolls!!!

Resepi Pancake yang Simple


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baiking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar *izah tukar buttermilk
1 telur ayam
1 sudu tea esen vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam

Cara membuatnya
Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
Kemudian masukkan susu segar.
Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. (10 minit pun ok)


Untuk mendapatkan pancake yang gebu, pastikan anda rehatkan adunan. Jangan lupe share ok. Memang mudah. Anak-anak pun suke. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Selamat mencuba!!!

0 Response to "Resepi Pancake Yang Simple"

Post a Comment