Makaroni ni selaian goreng anda boleh juga cuba resepi bakar pula. Kalau tak nak guna tray yang besar, anda juga boleh gunakan tray kecil iaitu tray muffin.
Resepi Makaroni Bakar yang Simple
Thanks to Matgebu
Bahan-bahan
1 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus hingga lembut dan toskan
2 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 tin kecil baked beans (cap AYAM)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1/2 camca besar rempah beriani (Baba's)
1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak zaitun
4 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh garam
Parutan keju mozarella secukupnya
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar
Cara Membuatnya
Panaskan minyak dalam kuali (che mat guna non-stick pan.
Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap.
Guna api kecil. Tuang baked beans, gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata.
Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu.
Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar.
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan muffin dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan).
Dalam satu bekas, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.
Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh.
Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap.
Taburkan sedikit parutan keju atasnya dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak.
Bila sudah siap keluarkan dari oven dan hidangkan bersama sos cili. Anda boleh hidangkan makaroni bakar masa breakfirst atau minum petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Makaroni Bakar yang Simple"
Post a Comment