Resepi Lasagna Sayuran

Bosan dengan lasagna daging? Untuk kali ini kami kongsikan dahulu resepi untuk membuat Lasagna sayur. Kita cuba plak citarasa vegetarian

Resepi Lasagna Sayuran


Bahan-bahan:
1 sudu makan minyak zaitun
2 biji lobak
1½ biji zukini
180gm daun bayam - dibasuh
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada hitam
1 biji telur
375ml susu rendah lemak
6 helai lapisan lasagna
125ml air
3 biji tomato
Daun basil secukupnya
Keju parmesan secukupnya
Minyak zaitun secukupnya

Cara memasak:
Campurkan sos tomato dengan basil. Gaul rata. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan lobak dan kacau selama 4 minit sehingga masak.
Selepas itu masukkan zukini, masak dan kacau selama 8 minit atau sehingga lembut
Masukkan bayam, kacau sehingga lembut. Masukkan garam dan lada hitam. Kacau dan angkat. Ketepikan.
Pukul telur dan susu dalam mangkuk berasingan. Ketepikan.
Letakkan lapisan lasagna di atas dulang pembakar. Tuangkan sos  tomato basil tadi. Lapiskan dengan lapisan lasagna semula dan susun sayur-sayuran tadi. Buat  lapisan demi lapisan secara berselang seli.
Akhir sekali tuangkan campuran telur dan susu di atas lapisan lasagna.
Panaskan ketuhar dengan suhu 180ºC dan bakar selama 20 minit.
Bila sudah masak, keluarkan dan sedia dihidang.

Resepi ini adalah aleternatif kepada resepi lasagna yang biasa. Selamat Mencuba!!!

0 Response to "Resepi Lasagna Sayuran"

Post a Comment