Puding coklat bersama sos kastard sesuai untuk hidangan desert di hari raya.
Resepi Puding Coklat bersama Sos Kastard
Bahan-bahan untuk Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu
segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan.
Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega.
Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan untuk Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut.
Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat.
Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih
dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Puding Coklat bersama Sos Kastard"
Post a Comment