Hari tu try sample cookies ini dari kawan. Setelah abih 2 plastik sample red velvet, baru nak teringat nak order. Tetapi kai ini kami kongsikan pula reseper dan cara membuatnya
Resepi Biskut & Kuih Raya | Biskut Red Velvet
Bahan-bahan
1/2 cawan butter -suhu bilik
1/2 cawan gula kastor -saya guna gula aising
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
NOTA : pukul hingga kembang semua bahan ini - (saya hanya gaul semua bahan hingga sebati menggunakan hand whisk saja)
kemudian masukkan:-
1 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka- (saya guna jus lemon)
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna 1/2 sudu kecil)
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/3 cawan serbuk koko-( saya guna 1/4 cwn serbuk milo)
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara Membuatnya
gaul semua bahan menggunakan senduk kayu hingga sebati
jika lembik masuk peti sejuk sekejap 10 minit
bulat2kan dan terus bakar.
jarakkan setiap adunan atas dulang pembakar kerana adunan ni akan mengembang.
bakar 180c 10 minit - 12 minit
Memang sedap dan selamat Mencuba!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Biskut & Kuih Raya | Biskut Red Velvet"
Post a Comment