Resepi Biskut Raya | Tat Nenas Gulung
Bahan-bahan
250 gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
jem nenas secukupnya
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
jem nenas secukupnya
Ayak ke tiga-tiga tepung.
Pukul butter dengan gula sehingga putih dan creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Biarkan doh seketika supaya doh mesra.
Untuk membuat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (picit doh keluar dari acu tart itu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Bakar lebih kurang 15 - 25 minit. Pastikan tidak terbakar ok!!
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
Senang bukan? Resepi yang sama juga anda boleh improvisasikan dengan jem yang lain. Selamat Mencuba!!!
0 Response to "Resepi Biskut Raya | Tat Nenas Gulung"
Post a Comment