Resepi Biskut Raya | Almond London

Antara biskut raya wajib yang dicari-cari oleh semua pengunjung yang datang ke rumah. Silap-silap boleh habis stok simpanan dalam rumah kalau saudara mara yang datang. Tahukan anda senang je resepi biskut almond london ni? Kalau tak percaya, jom kita lihat bahan-bahannya.

Resepi Biskut Raya | Almond London 


Bahan-bahan
1 ketul butter
1/2 cawan gula pasir halus@gula castor
1 biji kuning telur
Tepung gandum secukupnya
1/4 cawan tepung jagung
Badam biji – bakar hingga rangup
Badan hancur – panggang sebentar
Coklat masakan
Lemak sayur
Paper cup

Cara Membuatnya
Butter dan gula dikacau sehingga sebati
Masukkan kuning telur dan kacau
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tambah tepung hingga tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk.
Ambil sedikit pastri kemudian salutkan badam dengan pastri dan bentukkan bujur dengan menggunakan tangan buat hingga habis bakar hingga kekuningan. Selepas itu biarkan sejuk.
Masak coklat dengan cara double boiler masukkan sesudu teh lemak sayur (shortening) setelah coklat cair angkat dan mulalah proses mencelup dan angkat pastri yang telah dicelup dengan menggunakan penyepit dan masukkan ke dalam paper cup. Taburkan badam hancur sebelum coklat menjadi beku.
Masukkan 2 minit ke dalam peti sejuk supaya coklat menjadi keras.

Untuk raya kali, jom kita cuba sendiri resepi biskut raya almond london ini. Selamat Mencuba!!!

0 Response to "Resepi Biskut Raya | Almond London "

Post a Comment