Resepi Apam Mekar yang Paling Simple

Resepi apam mekar semekar bunga di hati..hehehe. Sudah lama nak cuba resepi ni sebenarnya. Ingatkan susah sangat. Rupenya senang je. Terima kasih kepada cik Noni yang sudi berkongsi resepi apam mekar ini. Semoga tambah minat cik noni dalam dunia kukus mengukus ni ok? Jom kita tengok bahan-bahannya.
 
Resepi Apam Mekar yang Paling Simple


Bahan-bahan
3 biji telur ayam red A
1.5 cawan gula pasir
1 sudu teh ovelete
1 cawan ais krim soda yang baru dibuka (F&N sahaja)
3 cawan tepung gandum
esen vanilla
 
Cara Membuatnya
Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovelete. 
Pukul hingga kembang, putih, gebu dengan kelajuan maximum.
masukkan ais krim soda dan putar lagi.
masukkan tepung gandum ke dalam adunan dan putar lagi hingga sebati.
titiskan esen vanilla dan putar hingga sebati.
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan anda.
Piping adunan anda ke dalam cup mini saiz S pun boleh. Jangan sampai melimpah. Kalau tiada piping guna sudu pun boleh
kukus dengan api paling marak selama 7 minit. 
 
Senang tak? Untuk resepi ini saya letakkan acuan di dalam tray cupcake supaya adunan tak melimpah. Selamat mencuba!!!

0 Response to "Resepi Apam Mekar yang Paling Simple"

Post a Comment