Resepi Puding Roti Marble

Koleksi resepi Marble kali ini kami kongsikan resepi puding roti marble pula. Tiba-tiba dapat idea untuk menghasilkan resepi puding roti marble ini selepas belek-belek resepi-resepi puding sebelum ini. Jom kita tengok bahan-bahannya.

Resepi Puding Roti Marble


Bahan-bahan
4 keping roti 
2 biji telur 
800ml Air (Asingkan 700ml dan 100ml) 
115ml susu pekat 
170ml susu cair 
10gram serbuk agar2 (Aku guna jenama Nona. Mmg siap² 10 gram)
5 sudu besar gula 
2 sudu besar marjerin (cairkan terlebih dahulu) 
2 sudu besar coklat emulco. Kalau tak da boleh guna serbuk koko.

Cara Membuatnya

Masukkan 700 ml air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk dan didihkan
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan 100ml air. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah mendidih tadi.
Masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau rata sampai mendidih lagi. Kacau
sehingga bawah periuk bagi mengelakkan ianya tidak berketul. Tutup api.
Bahagi adunan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan coklat emulco.
Bila adunan telah siap, marblekan sahaja. Masukkan ke dalam peti selama sejam
sebelum dihidangkan
 
Cara Untuk Membuat Marble
Sesenduk adunan warna asal dituang di tengah² loyang, kemudian ambil pula sesenduk  
adunan warna coklat dan dituang betul² di atas adunan warna asal tadi. Lapisi sehingga habis
adunan dengan mengulang step di atas, tapi jangan kacau, biarkan adunan bergerak sendiri. 
Ketika memarble hendaklah cepat cos adunan nih cepat membeku. Kalau lambat jadi mcm 
yg aku buat kat atas..
 
Selamat Mencuba!!!

0 Response to "Resepi Puding Roti Marble"

Post a Comment