Resepi Kek Kastard Pandan
Bahan A 250gm tepung sponge mix 4 biji telur Gred A 60gm susu cair 1 tsp pandan paste sedikit pewarna hijau
Bahan B 60gm marjerin cair
Bahan untuk puding Kastard
6 tbsp tepung kastad
1 1/2 tsp serbuk agar-agar
750ml santan @ susu cair - akak gabungkn kedua-duanya
150gm gula pasir - bleh kurangkn sedikit lg sbb bg akak manis la
2 tbsp mentega
1 tsp pandan paste
sedikit pewarna hijau
Pukul Bahan A pd kelajuan rendah selama 1 minit. Kemudian, pukul pd kelajuan tinggi selama 6 - 8 minit.
Masukkn Bahan B & kaup-balikkn hgga sebati. Pastikan tiada marjerin yg mendap di dasar mangkuk. Maknanya semua marjerin betul2 sebati dalam adunan
Tuang dlm loyang 8" yg telah dilapik ngn baking paper & digriskn ngn marjerin. Tepi loyang x perlu dilapik @ digriskn. Bakar pd suhu 160'C selama 35 - 40 minit. Suhu & masa membakar bergantung kepada oven masing-masing
Apabila kek dh masak, keluakn dr oven & telangkupkan kek atas redai ngn loyang sekali ye. Biar selama lbh kurang 10 minit. Pastu bleh la terbalikkn semula. Biar kek sejuk sedikit baru kuarkn dr loyang
Cara Membuat Kastard
Masukkn semua bahan2 dlm periuk & kacau sebati. Pastikan adunan x berketul-ketul. Klau dh berketul-ketul, bleh la tapiskn.
Masak adunan ngn api perlahan hgga adunan masak sepenuhnya. Masa memasak tu, kena kacau selalu supaya x hangus kt bawah dia. Bila puding dh meletup2 kecik, maknanya dh masak la tu
Biar puding agak sejuk sebelum digunakan
Cara Melapis Kek
Belah kek kepada 3 bahagian sama ada guna pisau bergerigi @ benang. Sebelum potong tu, akak masukkn kek kejap dlm fridge tuk memudahkan proses membelah kek
Amik 1 bahagian kek & letakkn di atas cakeboard. Pastu, tuang puding kastad atas permukaan kek.
Tindihkan lapisan puding ngn 1 bahagian kek lg. Ulang Langkah 2 hgga kek yg terakhir. Pastu, salut kek ngn baki puding kastad.
Taburkn hawaian coconut pada keseluruhan kek. Pastu, bleh la masukkn kek dlm fridge & biar puding keras sepenuhnya. Bila dh btol2 sejuk & puding dh keras, baru la kek bleh dipotong ngn kemas
Selamat Mencuba!!!
0 Response to "Resepi Kek pandan Lapis Kastard"
Post a Comment