Resepi Kek Cheese BlueBerry

Sudah cuba koleksi resepi kek cheese kami? Untuk entri kali ini, kami akan kongsikan satu lagi resepi kek cheese iaitu resepi kek cheese blueberry.

Resepi Kek Cheese BlueBerry



Bahan-bahan
200g blueberry, dan juga tambahan untuk hidangan
150g biskut halia (ginger nut biscuits)
600g krim keju
185g krim masam (sour cream)
175g gula kastor (caster sugar)
40g mentega, dicairkan
2 biji telur serta sebiji kuning telur (egg yolk)
1sudu teh ekstrak vanilla
Cara Membuatnya
Panaskan oven pada 140°C, kipas 120°C, 275F, gas 1. Lenyekkan buah blueberry yang dicampurkan dengan 50g gula dan tapiskan. Renehkan dengan cepat selama kira-kira 5 minit, sambil kacau hingga ianya betul-betul pekat. Setelah itu letakkan ke tepi dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri.Kisar biskut hingga menjadi serbuk halus dan kemudian masukkan mentega dan kisar hingga sebati. Masukkan kesemuanya ke dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk buat sementara. Bancuh krim keju, krim masam serta baki gula serta telur dan vanilla hingga sebati, lalu tuangkan ke dalam (bahagian lapisan atas) bekas berisi biskut tadi.  Perlahan-lahan tuangkan sedikit demi sedikit sebatian blueberry yang telah direnehkan tadi, sambil membentuk corak atau pusaran dengan menggunakan hujung mata pisau dsb.nya.Letakkan timah panggang berisi air panas ke bahagian bawah ketuhar, dan ‘bakar’ kek keju tersebut di bahagian tengah ketuhar selama 1 jam 10 minit, atau sehingga masak tetapi pada masa yang sama kelihatan lembut dan sedikit bergoyang-goyang apabila digerakkan. Setelah itu, keluarkan dari oven, larikkan pisau di sekeliling tepi kek dan terus masukkan ke dalam peti sejuk bagi mengelakkan kek itu dair mudah merekah. Sejukkan semalaman, dan potong dengan pisau (yang dipanaskan sedikit supaya lebih mudah untuk memotongnya) dan hidangkan bersama-sama sedikit buah-buahan blueberry segar.

Senang bukan? Selamat Mencuba!!!!

0 Response to "Resepi Kek Cheese BlueBerry"

Post a Comment