Resepi Kek Keju Strawberi

Malam ini tiba-tiba teringat tentang resepi kek keju. Apa kata kalau resepi kek keju atau cheese cake ini kita buat dengan strawberi sebagai bahan asasnya.

Resepi Kek Keju Strawberi


Bahan-bahan
250 grm cream cheese
300 grm cream/whipping cream
180 grm gula castor - boleh tambah atau dikurang 45ml susu segar dalam kotak 1 sudu besar lemon jus 1 1/2 sudu besar gelatin halal 
3 sudu besar air suam
180 gm buah strawberri yang dikisar kasar

Cara Membuatnya
 Untuk Bahagian Bawah
 200grm biskut marie
150grm mentega - dicairkan

Biskut marie dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.
 
Untuk Filing
Pukul whipping cream sehingga agak kembang dalam 3 minit sahaja dengan menggunakan speed sederhana dan pastikan jangan terlebih pukul ya . Kemudian simpan dalam peti sejuk . Bancuh gelatin dengan 4 sudu besar air suam dan semua lemon jus dalam periuk kecil dan masak gelatin ni dengan menggunakan teknik double boiling sehingga gelatin betul-betul larut dan masak . Proses ni sekejap saja . Putar 250gm cream cheese bersama gula castor dan susu hingga kembang creamy .  Masukkan bancuhan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan adunan whipping cream tadi dan kacau semua adunan sehingga sebati . Kemudian masukkan semua buah strawberri yang sudah dikisar kasar dan digaul adunan bagi rata .
Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk selama 8-12 jam kalau biar lagi lama kek dalam peti sejuk lagi baik dan bila dah keras baru dikeluarkan dari acuan .

Pastikan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan dan dihidangkan. Simpan di dalam freezer lebih kurang semalaman.
 

0 Response to "Resepi Kek Keju Strawberi"

Post a Comment