Puding Pelangi [Resepi Menawan]

Koleksi Resepi kali ini ditambahkan lagi dengan resepi puding pelangi yang menawan. Dengan warna yang pelbagai, rasa yang manis dan dihidangkan dalam keadaan sejuk memang tempting bukan? Jom kita tengok bahan-bahan untuk resepi ini.

Puding Pelangi [Resepi Menawan] 


Bahan pudding plain :
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter air - 4 1/2 cawan

Bahan pudding susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter susu cair - 4 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanilla

Pewarna makanan:
merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu. Cukup sekadar 1-2 titik setiap lapisan atau sesuai keperluan.

Cara-cara :

Masak pudding plain dan pudding susu didalam periuk berasingan hingga mendidih, kemudian kecilkan api hingga yang paling kecil, cukup sekadar pudding sentiasa panas.
Siapkan loyang/acuan pudding pilihan, basahkan dahulu dengan air.
Ambil 150 ml pudding plain, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang ke loyang /acuan. biarkan hingga bahagian atas pudding seperti ada lapisan, jika disentuh dengan jari sudah tidak melekat tapi pudding masih belum beku. 
Kemudian ambil 150 ml pudding susu pula, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang di atas pudding merah tadi secara perlahan-lahan sesudu demi sesudu dengan jarak dekat dari permukaan pudding sebelumnya agar lapisan pudding di bawahnya tidak bocor.
Ulang proses tersebut berulang-kali dengan warna yang berlainan hinggalah warna yang terakhir dengan cara yang sama. Sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan dari loyang/acuan. Dan sajikan ketika sejuk.
Melapis puding memang agak leceh sedikit. Melapis puding perlu dilakukan perlahan-lahan dan dengan cermat agar lapisan yang menarik dapat dihasilkan. Selamat mencuba resepi puding pelangi paling menawan ini.

0 Response to "Puding Pelangi [Resepi Menawan]"

Post a Comment