Antara dessert yang memang sedap dan menjadi kegemaran ramai adalah
puding karamel. Namun pernahkan anda mencuba
puding karamel lapis? Lapisan
karamel dan
puding buih yang memang menyegarkan. Memang sedap kalau makan selepas disejukkan. Jom kita tengok bahan-bahan untuk
resepi puding karamel lapis yang special ini.
Resepi Puding Karamel lapis Buih
credit to kak nor
Bahan utk puding
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula kastor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco
Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas
Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
chocolate rice secukupnya
Cara Membuat Gula hangus
Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.
Cara Membuat Karamel
Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
Kacau perlahan-lahan hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
Bahagi dua adunan.
Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
Kacau sebati dan tapis.
Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yang dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan-lahan
Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul-betul sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.
Cara Membuat Buih Puding
Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih
masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar-agar
menjadi suam.
Bila adunan agar-agar dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul-betul kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar-agar kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk atau garis-gariskan sikit bahagian atas puding dgn garfu untuk mengelakkan adunan puding buih melekat pada puding karamel bila dah sejuk
Tuangkan adunan puding buih ke atasnya.
Sejukkan kembali dalam peti ais.
Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..
Selamat mencuba. Jangan terlalu geram dengan hasilnya nanti ok? Sebab hasilnya pasti menakjubkan :)
0 Response to "Resepi Puding Karamel lapis Buih"
Post a Comment