Resepi Kek Span Oren Sunkist yang sedap!!!

Pernah cuba resepi kek span? Pernah cuba resepi kek span oren sunkist? Memang Sedap dan senang. Resepi kek span oren sunkist ini adalah bersama muosse keju yang berperisa oren.

Resepi Kek Span Oren Sunkist yang sedap!!!


Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor

Bahan C
100 gm tepung gandum (ayak)
70 gm mentega cair (dicairkan)


Cara Membuatnya
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang bulat 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue)
Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna (suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.
Potong kek kepada 2 lapisan. Ketepikan. 

Sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba!!! 

0 Response to "Resepi Kek Span Oren Sunkist yang sedap!!!"

Post a Comment