Resepi Fruit Tart Kegemaran Ramai

Perlukan idea makanan untuk majlis atau parti anda? Fruit tart antara menu wajib sekarang ini. Kami kongsikan resepi fruit tart yang comel dan pasti menjadi kegemaran ramai. Jom kita tengok bahan-bahannya.



Resepi Fruit Tart Kegemaran Ramai

Bahan-Bahan
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla


Cara Membuatnya
Pukul marjerin dan gula. Jangan putar lama sangat (FnF guna electric hand whisker)
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170degC sehingga masak (lebih kurang 18 - 20 minit)


Bahan Kastard 

1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
secubit garam

Hiasan

Buah2an kegemaran secukupnya, hiris (FnF guna stoberi, seedless grape, kiwi, peach)
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah - tak letak ponnn... tak sempat ler... petang lepas siap masak lauk pauk kenduri baru buat projek fruit tart nih...
Croquant secukupnya ~  tak letak jugak sebab tak der...

Cara2 Penyediaan Kastard 

Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit... Masukkan dalam piping bag.

Cara2 penyediaan fruit tart

Buah2an dipotong2 / hiris ikut suka (nak dadu boleh, nak hiris nipis2 pun boleh jer...)
Ambil kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. 
Susun buah2an tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati-hati tabur croquant disekeliling tart. 
Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah-buahan segar tadi. Boleh hidangkan. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.
 

0 Response to "Resepi Fruit Tart Kegemaran Ramai"

Post a Comment