Sudah cuba semua resepi muffin kami? Kalau belum teruskan mencuba koleksi-koleksi resepi kami. Untuk entri kali ini kami kongsikan resepi Muffin oren dan coklat cip. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Resepi Muffin Oren dan Coklat cip yang Menawan
Bahan-bahan
2 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat - saya lupa letak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar parutan kulit oren
1/2 cawan butter (dicairkan)
2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren
1 1/2 sudu besar oren sunquick
2 biji telur
1/2 cawan coklat cip
Cara Membuatnya
Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar.
Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati
Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur.
Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
Masukkan ke dalam muffin tray.
Taburkan coklat chip di atas muffin
Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.
Senang tak? Selamat Mencuba!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Muffin Oren dan Coklat cip yang Menawan"
Post a Comment