Resepi Kek Pisang Coklat Cip
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum - (kurangkan sebanyak 2 sudu besar)
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking soda
¼ sudu teh garam
½ cawan mentega - suhu bilik
¾ cawan gula perang
2 biji telur gred A - dipukul perlahan
2 ½ cawan pisang masak - dilecek kasar
1 sudu teh esen pisang - jika suka
sedikit chocolate chips - untuk hiasan
Cara-cara membuatnya :
- Panaskan oven pada suhu 175°C. Gris loyang loaf pan ukuran 9" x 5" dan lapik dasar loyang dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, ayakkan tepung, baking soda, garam dan serbuk koko. Kacau rata dengan whisk dan ketepikan.
- Dalam mangkuk yang berasingan, pukul mentega bersama gula perang sehingga berkrim (anggaran 2 minit) kemudian masukkan telur yang telah dipukul bersama pisang lecek, kacau rata.
- Masukkan adunan telur dan pisang kedalam campuran tepung dan kacau rata (setakat untuk sebati sahaja, tidak perlu lama).
- Tuang adunan ke dalam loyang, kemudian taburkan choc chips diatasnya. Kemudian angkat loyang sedikit dan hentaknya jatuh sebanyak dua kali. Tujuannya supaya gelembong udara dapat dikeluarkan.
- Bakar selama 60 minit atau sehingga masak (uji dengan mencucukkan lidi)
- Setelah kek masak, keluarkan kek dari oven dan biar didalam loyang selama 10 minit sebelum dikeluarkan kek sejuk sepenuhnya atas rak dawai.
0 Response to "Resepi Kek Pisang Coklat Cip"
Post a Comment