Resepi Muffin Pisang yang Comel
Bahan basah :
1 biji telur gred A - suhu bilik
75 gram gula kastor
1 sudu besar madu
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanila / pisang
90 ml minyak jagung / minyak masak
3 biji pisang masak (150 gram) - dilecek halus
Bahan kering :
125 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu besar badam cincang - dipanggang dalam oven 5 minit
30 gram coklat masakan - dadu besar
Cara Membuatnya
1. Panaskan oven pada suhu 175' C susun kertas muffin dalam loyang muffin dan ketepikan.
2. Pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim dengan kelajuan
sederhana. Masukkan bahan-bahan basah dan putar pada kelajuan perlahan
hingga rata.
3. Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak kedalam bahan basah dan
kaup balik rata dengan spatula. Tidak perlu lama cukup sekadar sebati
sahaja.
4. Scoopkan adunan 1/3 dalam kertas muffin masukkan coklat masakan ditengahnya dan scoopkan adunan lagi untuk menutupnya.
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga diuji lidi keluar bersih. Biarkan
sejuk diatas rak dawai sepenuhnya. Ayakkan gula aising sebelum
dihidangkan.
0 Response to "Resepi Muffin Pisang yang Comel"
Post a Comment