Resepi Kek Marble Pandan

Satu lagi resepi kek marble yang patut ada dalam koleksi resepi anda ialah resepi kek marble pandan. Sama macam resepi kek marble yang lain, cuma kali ini bahan asasnya ialah pandan.

 Resepi Kek Marble Pandan


Bahan-Bahan
4 biji telur gred A 100 g gula pasir 1 sudu besar ovallate 25 ml pati santan (mat guna susu segar) 50 g minyak jagung 100 g tepung gandum* 1/2 sudu teh garam halus* 1/2 sudu teh baking powder*(*digaul dan diayak) 1 sudu teh pandan paste 1 sudu teh serbuk koko 1 /2 sudu teh esen vanilla(sendiri letak) 1 sudu teh coklat emulco (sendiri letak)

KLIK UNTUK KOLEKSI RESEPI TRADISIONAL

Cara Membuatnya
Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
Adunan dibahagi 2, satu bahagian dia campur dengan esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata. Dan satu bahagian dicampur dengan pandan paste. Gaul rata.
Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang-seli ke dalam tin kek yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek dahulu sebelum dipotong dan dihidang.

Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Kek Marble Pandan"

Post a Comment