Resepi Kek Chiffon Orange Chocolate

Rasenye kami belum pernah kongsikan resepi-resepi kek chiffon bukan? Resepi kek ini juga mudah dan senang. Memang antara resepi kek yang menjadi bualan orang ramai kerana kelembutan keknya. Untuk entri kali ini kami kongsikan resepi kek chiffon orange coklat.

Resepi Kek Chiffon Orange Chocolate


Bahan A
2 cawan self raising flour, diayak
1/2 cawan gula aising
3/4 cawan air + jus oren
1/2 cawan minyak jagung
5 biji kuning telur
2 sb susu tepung
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
5 biji putih telur
1/4 cawan gula aising
1/4 sk cream of tartar

Bahan C
Chocolate rice secukupnya
 
Cara Membuatnya
Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 8 inci (saya guna yang besar sebab xda saiz 8').  Griskan loyang dengan butter & taburkan dengan sedikit tepung, ketuk keluar lebihannya. Ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan semua bahan2 A. Gaul sebati. Ketepikan.
Pukul bahan B hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan bahan A tadi hingga sebati.
Kemudian, tabur bahan C atas adunan kek & kaup balikkan lagi perlahan2 hingga rata.
Tuang aduan dalam loyang yang di sediakan & bakar selama 30 - 40 minit atau hingga kek masak. 
Bila kek sudah masak, keluarkan dari oven & segera  terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya. 
 
Senang ke tak? Selamat Mencuba!!!
 
 

0 Response to "Resepi Kek Chiffon Orange Chocolate"

Post a Comment