Resipi Nasi Beriyani

Minat Nasi Beriyani tapi tak tahu resipinya? Nah kami kongsikan Resipi Nasi Beriyani yang terbaik.

Bahan A
1 kg beras basmathi
Google Image
2 sudu besar rempah nasi beriyani
4 biji tomato (potong dadu)
3 biji cili merah (dipotong 2)
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar
2 cawan air
1 cawan susu cair
4 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan kismis
Garam secukup rasa
1 sudu pewarna kuning

Bahan B (kisar)'
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit daun kari

Cara Membuat
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga wangi
  2. Masukkan rempah beriyani yang dibancuh dan dikacau rata. Masak sehingga pecah minyak
  3. Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau
  4. Masukkan air dan susu cair, daun ketumbar daun pudina dan kismis. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan hasil tumisan ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masak seperti biasa.
  6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan kering
  7. Selepas itu, gemburkan nasi perlahan-lahan supaya beras tidak patah.
  8. Hidangkan dengan lauk seperti daging dan acar.

0 Response to "Resipi Nasi Beriyani"

Post a Comment