Resepi Nasi Hujan Panas

Dengan cuaca yang sekejap hujan...sekejap panas..kami kongsikan resepi nasi hujan panas yang ohsem!!!

Bahan A
4 cawan beras basmathi
Google Image
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato
1 batang serai
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
pewarna hijau, merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin

Bahan B (tumis)
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia (ditumbuk)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara Membuat
Panaskan minyak sapi dan marjeri di dalam periuk
masukkan bahan tumis,serai dan daun pandan. Masak sehingga naik bau.
Masukkan air dan garam dan biarkan mendidih
Masukkan susu cair, kiub ayam, tomato dan dan beras, kacau rata.
Apabila nasi hampir kering gempurkan supaya warna rata keseluruhan nasi
Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang

1 Response to "Resepi Nasi Hujan Panas"

  1. pewarna tu nak letak masa bila yer? sebab tak dinyatakkan bila nak letak tu..thanks

    ReplyDelete