Resepi Kek Oreo Cheese | Oreo Cheesecake recipe

Pengumuman kepada penggemar biskut oreo. Kini anda juga boleh mempelbagaikan biskut oreo anda dengan Kek Oreo Cheese. Resepi yang sangat simple dan cepat untuk disediakan.

Resepi Kek Oreo Cheese | Oreo Cheesecake Recipe


Bahan-bahan
1 paket biskut oreo ( terpulang kepada anda jenis apa yang nak )
50gram mentega/butter
200gram whipping cream
250gram cream cheese
yogurt  atau susu  segar atau apa-apa bahan tambahan yang perlu
sedikit gelatin
Cara-cara penyediaan
  1. Asingkan biskut oreo dari cream yang terdapat di dalamnya. Lebihan cream ini boleh digunakan dalam kisaran keju nanti.
  2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus sebagai base cake anda.
  3. Cairkan sedikkit mentega dan campurkan bersama biskut oreo. 
  4. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga ke hujung dengan mampat serta rata ke  seluruh bahagian.
  5. Ketepikan dan simpan di dalam peti sejuk.
  6. Putarkan whipping cream, yogurt / susu segar sehingga kembang. Tambahkan sedikit esen vanilla sebagai pewangi.
  7. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas ke dalam kisaran. (larutkan dahulu 2 sudu gelatin di dalam suku cawan air panas)
  8. Masukkan sedikit crumbs oreo (biskut oreo yang dipecahkan secara kasar).
  9. Fillings anda telah siap dan boleh dituang ke dalam bekas acuan yang telah disejukkan.
  10. Hiaskan kek anda mengikut cita rasa dengan lebihan biskut oreo. Boleh diletakkan jem atau buah-buahan sebagai hiasan tambahan.
  11. Biarkan di dalam peti sejuk selama 3 jam untuk mendapatkan kek yang lebih padat dan bercreamy.
Nah...tempting bukan? Sangat senang sebab tak pakai oven pun. Apalagi..jom cuba hari ini juga =)

0 Response to "Resepi Kek Oreo Cheese | Oreo Cheesecake recipe"

Post a Comment