Resepi Aiskrim Oreo | Oreo Icecrem Recipe

Siapa yang kat sini tak makan aiskrim? Memang rugi. Penah rasa Mcflurry yang kat Mcd? Ok, kini anda juga boleh hasilkan homemade Mcflurry sendiri. Resepi Aiskrim Oreo ini memang simple dan rasa lebih sedap dari Mcflurry kat Mcd tu.

Resepi Aiskrim Oreo | Oreo Icecrem Recipe


Bahan-Bahan
5 kuning telur
1/2 cawan gula (dibahagikan)
1 3/4 cawan heavy cream
3/4 cawan susu segar
1/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil essen vanillaa
1 1/4 cawan biskut oreo yang dicincang kasar

Cara Membuatnya
  1. Pukul kuning telur bersama 1/4 cawan gula di dalam mangkuk besar dan asingkan
  2. Baki 1/4 gula dipanaskan di dalam api sederhana bersama cream,susu, dan garam.
  3. Apabila bahan sudah mula mereneh, masukkan bahan tersebut ke dalam kuning telur yang telah dipukul bersama gula (jadilah ia kastard)
  4. Kastard dipanaskan (double boil) dan dikacau dengan spatula perlahan-lahan dan konsisten
  5. Tapis kastard dan campurkan dengan essen vanila.
  6. Kacau di atas ice bath perlahan-lahan. Bila campuran mencapai suhu bilik, tutup bekas tersebut dan masukkan di dalam freezer. (2 jam atau semalaman)
  7. Untuk mendapatkan konsistensi aiskrim yang halus, selepas disejukkan di dalam freezer selama 2 jam, masukkan campuran di dalam mesin pembuat aiskrim dan ikut arahan.
  8. Setelah siap, masukkan aiskrim tersebut di dalam bekas diselang selikan dengan biskut oreo yang dicincang kasar.
  9. Kalau di rumah anda tiada mesin pembuat aiskrim, sebelum disejukkan di dalam freezer, gaulkan dengan biskut oreo dan selepas semalaman/2 jam, sedia untuk di makan.

0 Response to "Resepi Aiskrim Oreo | Oreo Icecrem Recipe"

Post a Comment