Resepi Kek Kukus Marble

Entri sebelum ini kami kongsikan resepi kek kukus coklat dan pelangi. Untuk entri kek kukus kali ini, kami kongsikan Resepi Kek Kukus Marble. Jom kita cuba!!!

Resepi Kek Kukus Marble
 
Resepi kek kukus Marble

Bahan
1 cawan mentega (kurang lebih 240 gram)
3/4 cawan gula kastor (che mat guna 1/2 cawan kurang lebih 100 gram)
3 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis (kurang lebih 75 gram)
1/2 cawan seri kaya (kurang lebih 90 gram)
1 1/2 cawan tepung gandum (kurang lebih 230 gram)*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu segar
Pewarna makanan pilihan anda (che mat guna kaler merah jambu dan hijau)
Cara Membuatnya
  1. Panaskan kukusan, lanser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga gula putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu pekat manis dan seri kaya, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Putar rata.
  3. Masukkan susu segar dan esen vanilla, putar sekejap dan off kan mixer. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diberi pewarna merah jambu, kacau rata. Satu diberi pewarna hijau , kacau rata dan satu lagi biar pada warna asal.
  4. Sudukan berselang seli setiap adunan dibahagian tengah loyang. Buat hingga siap. Biar adunan merata sendiri dalam loyang (anda boleh senget2kan loyang tadi), lorek dengan chopstick 2 - 3 kali. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam 20 minit
Macam biasa, untuk tahu samaada kek tersebut sudah masak atau belum, gunakan pencungkil gigi dan cucuk pada kek dan tarik keluar. Sekiranya tidak melekat, kek tersebut sedia untuk disejukkan dan dihidangkan..

0 Response to "Resepi Kek Kukus Marble "

Post a Comment