Resepi Congo Bars Simple

Ok, kalau anda belum lagi buat congo bars ni, anda patut buat hari ini. Resepi yang simple dan sesuai untuk dihidangkan untuk minum petang atau sambut raya sekali. Jom kita tengok bahan-bahannya.

Resepi Congo Bars Simple


Bahan-Bahan

315 gm tepung gandum
2 1/2 st baking powder
1/2 st gram
150 gm butter
300 gm gula perang
3 biji telur
1 st esen vanilla
250 gm coklat cip
1 cawan badam slice (yg telah disalai)
Loyang 10 x 10 (jgn besar sangat takut tengah tak masak pulak)

Cara Membuatnya

Pukul butter,gula perang,telur,esen vanilla pukul sehingga kembang
Kemudian masukkan tepung gandum,baking powder,garam yang telah diayak,gaul sehingga sebati
Masukkan coklat cip dan badam.
Masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan butter.
Sebelum membakar, anda boleh taburkan lagi coklat cips/almond/kacang walnut
Bakar selama 30 minit pada suhu 180c.

Senang je bukan? Pastikan congo bars betul-betul sejuk dahulu sebelum dipotong. Saya selalu potong 6 x 6. Nampak menarik dan tebal sikit. Selamat Mencuba!!!

0 Response to "Resepi Congo Bars Simple"

Post a Comment