Resepi Sambal Goreng Jawa

Kalau kene dengan gayanya memang sedap. Kebetulan dapat merasa sambal jawa ni masa beraya ke rumah mak long di Muar raya lepas. Memang terangkat. Nak cuba? Jom kita tengok bahan-bahannya.

Resepi Sambal Goreng Jawa


Bahan-bahan
3 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( potong dadu dan di goreng )
1 keping tempe ( potong dadu dan goreng )
5-6 batang kacang panjang ( hiris menyerong nipis nipis)
8-10 biji cili kering ( digunting nipis2)
1 paket kecil suun – ( rendam dan di potong sedikit )
1 paket kecil tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1/2 cawan udang ( buang kepala dan kulit )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis – saya tak letak
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa

lada sulah secukup rasa
Minyak secukupnya
serbuk perasa secukupnya

Cara Penyediaan:
Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering hiris yang telah direndam hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, santan, sayur-sayuran, suun, tauhu kering dan bahan2 yang telah di goreng tadi Masukkan garam, lada sulah dan perasa dan kacau rata.
Bila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Boleh dijadikan sebagai menu tambahan untuk dimakan bersama nasi. Selamat Mencuba!!!

0 Response to "Resepi Sambal Goreng Jawa"

Post a Comment