Resepi Sahur & Berbuka | Popia Basah

Dah lama sebenarnya teringin nak buat popia basah sendiri. Popia basah ini antara menu wajib kalau berbuka. Anda tahu mana-mana yang jual popia basah yang sedap? Share dan komen di bawah tempatnya. Tapi untuk kali ini, kami akan kongsikan resepi popia basah untuk anda yang ingin mencuba sendiri.

Resepi Sahur & Berbuka | Popia Basah 


BAHAN POPIA
150gm sengkuang | dicelur
100gm taugeh | dicelur
50gm lobak merah | dihiris memanjang dan dicelur
30gm kacang tanah | digoreng dan dikisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kulit popiah

BAHAN SOS:
10 tangkai cili kering | dikisar halus
3 ulas bawang putih | dicencang halus
1 sudu teh cuka
3 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam secukup rasa
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMBUATNYA
Untuk sos, tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis hingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan cuka, gula merah, gula putih dan garam secukup rasa.
Untuk kepekatan, masukkan tepung jagung dan masak hingga pekat. Ketepikan.
Untuk inti pula, campurkan sengkuang, taugeh dan lobak merah yang telah dicelur dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Letakkan sos di atas kulit popia dengan rata sebelum letakkan inti di atasnya.
Kemudian, letakkan inti dan taburkan sedikit kacang tanah yang telah dikisar.
Gulung dengan kemas. Susun di dalam bekas stim dan stim selama 10 minit atau hingga popia menjadi lembut.

0 Response to "Resepi Sahur & Berbuka | Popia Basah "

Post a Comment