Biskut Makmur ni antara menu wajib tok dulu kalau menjelang hari raya. Resepi ini resepi turun temurun. Sampai hari kami masih menggunakannya. Selamat mencuba!!!
Resepi Biskut & Kuih Raya | Biskut Makmur
Bahan-bahan
Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising
Cara Membuatnya
Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
Cairkan minyak sapi
Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.
Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
Biskut yang suda masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.
Siap untuk dimakan.
Senang tak? Terima kasih kerana selalu browse through blog kami. Jangan lupa share semua resepi di dalam ini ok. Selamat Mencuba!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Biskut & Kuih Raya | Biskut Makmur"
Post a Comment