Resepi Smoothie yang senang

First smoothie yang kami rasa adalah ketika berada di Grand Hyatt, Jalan Pinang, KL. Masa itu kami terlibat dengan program untuk beberapa hari di sana. Waktu makan tenghari, kami berkesempatan menjamu selera di Restaurant mereka iaitu di Thirty8 Restaurant. Makanan mereka biasa-biasa je. Tapi yang paling kami ingat adalah strawberi smoothie. Memang menyegarkan.

Terima kasih kepada chef yang bertugas kerana berkongsi resepi smoothie berkenaan. Menurutnya, selain strawberi, bolehlah digantikan dengan buah epal atau buah plum. Untuk koleksi resepi smoothie kali ini kami kongsikan resepi smoothie buah strawberi.


Resepi Smoothie yang senang


Bahan-bahan
2 biji red plum - buang biji dan potong kecil
2 biji epal merah - buang biji dan potong kecil
20 biji buah strawberi - belah 2
175ml yogurt asli
200ml susu segar
3 sudu makan gula pasir
 
Cara Membuatnya
Sejukbekukan strawberi selama 4-5 jam.
Masukkan bahan sejukbeku tadi ke dalam pengisar. Tambhakan yogurt asli, susu segar dan gula pasir.
Kisar hingga halus.
Sedia untuk dihidangkan.
 
Senangkan? Boleh dijadikan resepi untuk berbuka nanti. Selamat Mencuba!!!
 

0 Response to "Resepi Smoothie yang senang"

Post a Comment