Resepi Biskut Raya | Batang Buruk Muar

Koleksi resepi seterusnya adalah batang buruk Muar yang famaous. Sebab ape Muar, kena la Google eh... Terima kasih kak ani kerana berkongsi resepi batang buruk Muar yang famous ni. Antara menu wajib keluarga di hari lebaran. Nak cuba buat sendiri? Jom kita pantau resepinya.

Resepi Biskut Raya | Batang Buruk Muar


Bahan-bahan
500g tepung gandum
250g tepung beras
2 cawan santan @ 1 biji kelapa
500g kacang hijau
3500g gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya
Masak santan sehingga mendidih. Kemudian sejukkan dan ketepikan.
Kisar kacang hijau sehingga halus, kemudian campurkan dengan gula dan ketepikan.
Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
Canai nipis dan potong ikut saiz 3cm x2cm. Masukkan campuran gula serta kacang hijau kemudian gulung.
Kemudian dah boleh mula menggoreng
Siap!!!


Senang je kan Resepi Batang Buruk Muar ni? Dapat sebalang kompem layan sensorang tak nampak mak mentua...hehehe..selamat mencuba!!!

0 Response to "Resepi Biskut Raya | Batang Buruk Muar"

Post a Comment