Nasi Mandy Ayam Istimewa

Hidangan Asia Barat semakin mendapat tempat di dalam menu harian rakyat Malaysia kini. Namun saya ni bukanlah penggemar nasi arab. Tapi teringin untuk masak sendiri resepi ini. Buat julung kalinya, kami tampilkan resepi nasi mandy ayam istimewa untuk kita sama-sam cuba di rumah. Kalau setanding dengan rasa di kedai, apa salahnya untuk buat sendiri di rumah kan?

Nasi Mandy Ayam Istimewa


Bahan-bahan
4 gelas beras basmathi
4 gelas air
1 kiub ayan
4 sudu besar yogurt
4 helai daun pandan
Daun ketumbar
Daun pudina
1 paket rempah khusus
2 sudu minyak zaitun
2 sudu besar garam

Cara membuat
Masakkan air, minyak zaitun,kiub ayam,garam,daun pandan,yogurt dan rempah ratus.
Kacau sebati
Masukkan beras,ayam dan kacau sebati
Selepas beberapa minit, bancuh sedikit serbuk kunyit (safron) ke atas nasi.
Tabur daun ketumbar,daun pudina,gajus atau kismis.
Siap untuk dihidang

Bahan untuk Salad Arab
1 batang timun jepun
1 ikat daun salad
4 biji tomato ceri
2 daun ketumbar
2 helai daun pudina
1 biji cili merah
1 botol yogurt


Cara membuat

Potong semua bahan dan masukkan yogurt
Simpan dalam peti sejuk.
Gaul semula sebelum makan

Ini lah dia resepi nasi mandy ayam istimewa. Selamat Mencuba!!!

0 Response to "Nasi Mandy Ayam Istimewa"

Post a Comment