Resepi Kek Kukus Pandan Keju Coklat

Antara resepi kek pandan yang anda harus cuba. Senang dan mudah kerana anda hanya perlu mengukus. 

Resepi Kek Kukus Pandan Keju Coklat



Bahan-bahan
120gm tepung gandum
120gm gula castor
6 biji telur gred A
20gm tepung jagung
50ml santan kotak
60gm butter cair
1sb pandan emulco
pewarna hijau

Cara Membuatnya

1. Panaskan kukusan. Guna loyang 9x9in, alaskan dgn baking paper dan digris dgn butter.
2. Pukul gula dan telur hingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Adun rata.
4. Masukkan santan, butter dan pandan emulco. Kacau rata dan jika perlu, tambah pewarna hijau.
5. Tuang adunan dalam loyang, tutup dgn kertas aluminium yg telah digris butter. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Angkat dan sejukkan.
7. Kek dipotong kpd 2 bahagian. Sapukan dgn buttercream, tabur keju parut dan parutan coklat. Letakkan satu lagi kek diatasnya, deco ikut citarasa.

Selamat Mencuba!!!

0 Response to "Resepi Kek Kukus Pandan Keju Coklat"

Post a Comment