Resepi Kek Kukus Mentega

Belum pernah lagi nak cuba kek resepi kek kukus mentega ini sebenarnya. Mak la semalam datang dan suruh cuba pula kek kukus mentega ini. Hasilnya memang sedap. Kalau cicah dengan air teh tarik memang terangkat. Jom kita tengok bahan-bahannya.

Resepi Kek Kukus Mentega


Bahan-bahan
4 biji Telur
125g Gula Kastor
1/2 sb Ovalet
190g Tepung Superfine
220g Butter
2 sb Susu Pekat
1 st Esen Vanilla

Cara Membuatnya
Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung yg di ayak sedikit2 sehingga sebati.
Di bekas berasingan, pukul mentega & susu pekat sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.
Satukan kedua2 adunan sehingga sebati.
Lapik kertas & minyakkan tin kek. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Api yg terlalu kuat akan menyebabkan permukaan kek merekah. Pastikan air betul2 menggelegak sebelum mengukus.

Rupanya memang macam cheese kek...tapi rasa mentega..hehehe...selamat mencuba

0 Response to "Resepi Kek Kukus Mentega"

Post a Comment