Sebelum ini kami telah kongsikan puding roti berkaramel yang mesti buat pada bulan Ramadhan. Koleksi resepi puding kali ini kami kongsikan denga resepi puding coklat karamel yang mesti cuba. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Resepi Puding Karamel Berlapis Coklat
Bahan A
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
Bahan C
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu
Cara Membuatnya
Kacau
bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
Panaskan
periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga
masak.
Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B
atas adunan A.
Ulang A dan B berselang seli hinga habis.
Sejukkan dan
terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
Potong dan hidang.
Senang tak? Selamat Mencuba!!!
KLIK UNTUK KOLEKSI RESEPI TRADISIONAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Puding Karamel Berlapis Coklat "
Post a Comment