Resepi Kek Kastard Coklat
sumber:Syapex
150gm tepung gandum-ayak
1 sudu the baking powder-ayak
5 biji telur gred B
100gm gula kastor
1 sudu the ovalletee
50ml susu segar/susu cair
1 sudu the esen vanilla
2 sudu makan serbuk koko
50 ml minyak masak
Cara Membuatnya
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak
- Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau sehingga adunan berkrim.
- Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati
- Gris dan alas Loyang di dasar sahaja.Tuang adunan.
- Bakar pada suhu 170 c selama 30 minit dengan api atas dan bawah
- Setelah masak,sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai.Biar Sejuk.
400 ml susu cair
600 ml air
1 cawan gula kastor
15 gm agar-agar tali
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
Secubit garam
2 sudu makan serbuk koko
Cara Membuatnya
- Masak agar-agar tali bersama air hingga larut. Kemudian Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk
- Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
- Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
- Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
- Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
- Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
- Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Kemudian biar kastad keras.
- Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepitepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
- Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.
0 Response to "Resepi Kek Kastard Coklat"
Post a Comment