Kali ini kami kongsikan resepi kek nanas tunggang terbalik. Senang rupanya kek ni. Resepi kek nanas tunggang terbalik ini adalah olahan daripada chef Anna Olson kat channel afc tu. Kek yang yang dibakar dengan nanas sebagai bahan di bawah dan diterbalikkan apabila siap. Memang terbaik
Resepi Kek Nanas Tunggang Terbalik
Bahan-bahan
Bahagian bawah (fruit base)
1/4 cawan 'unsalted butter'
2/3 cawan gula perang
2 sudu kecil jus lemon
5-6 hirisan nanas (tin atau potongan nanas sendiri)
Kek
3/4 cawan susu
1/3 cawan minyak sayuran
3 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan gula
1 sudu kecil 'baking powder'
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil 'baking soda'
1/8 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
1/2 cawan kelapa parut (manis)
Cara Membuatnya
Panaskan ketuhar 350F
Cairkan gula perang dan butter pada suhu sederhana. Kacau sehingga tidak berbuih. Kemudian masukkan jus lemon, dan alihkan daripada suhu. Tuangkan campuran ke dalam bekas pembakar kek yang telah di susunkan dengan hirisan nanas dan biarkan seketika.
Di dalam satu mangkuk besar, pukul susu, minyak, telur dan essen vanila. Dalam mangkuk yang berasingan, tapis tepung, gula, 'baking powder', garam, 'baking soda' dan buah pala. Campurkan kedua-dua bahan ini dan pukul sehingga sebati. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tuangkan campuran ini ke dalam bekas pembakar yand telah disediakan tadi perlahan-lahan agar tidak merosakkan tekstur dan kedudukan buah nanas.
Bakar kek lebih kurang 30-35 minit, setelah siap keluarkan dan sejukkan seketika lebih kurang 30 minit. Menggunakan plate, tutup bahagian atas bekas pembakar dan terbalikkan kek tersebut. Nah..sudah siap kek nanas tunggang terbalik anda!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Kek Nanas Tunggang Terbalik"
Post a Comment