Entri kali ini kami kongsikan resepi kek lapis kukus iaitu kek lapis kukus serikaya putih telur. Memang menarik resepi ini dan terima kasih kepada Citrawasan di atas resepi ini.
Resepi Kek Lapis Serikaya Putih Telur [Kukus]
Bahan-bahan
400 ml putih telur
180g gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh ovalet
1/2 sudu teh esen vanilla
160g tepung gandum
20g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
50ml santan pekat
50ml mentega cair
Serikaya
6 biji telur
200ml santan / susu cair
200g gula pasir
2 sudu teh tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
4 loyang 8 x 8 di griskan dengan mentega cair
Cara Membuatnya
Pukul putih telur hingga kembang sedikit (berbuih). Masukkan ovalet, gula pasir, garam dan esen vanilla. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur berselang seli dengan mentega cair dan santan dengan putaran sederhan dan dipukul sehingga sebati.
Bahagikan adunan ke dalam 4 loyang yang berasingan dan kukus selamat lebih sehingga masak.
Untuk serikaya, campurkan semua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga pekat. Setelah masak sejukkan.
Sapu serikaya pada setiap lapisan kek.
Selamat Mencuba!!!
Home » kek »
kukus »
kukuslapisputihtelor »
resepi »
serikaya
» Resepi Kek Lapis Serikaya Putih Telur [Kukus]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Kek Lapis Serikaya Putih Telur [Kukus]"
Post a Comment