Untuk entri kali ini, kami akan kongsikan
resepi kek kukus milo yang memang senang dan mudah. Pasti akan menjadi kegemaran kepada penggemar milo terutamanya kanak-kanak. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Resepi Kek Kukus Milo
Bahan A
1 cwn milo
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula
1/2 cwn susu pekat.
Bahan B
3 biji telur
1 sdk esen vanilla
(dipukul kembang)
Bahan C
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder.
Cara Membuatnya
1. Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yg kecil. Lepas sebati, tutup api.
2. Sejukkan sekejap bahan A dan masukkan Bahan B. Kacau sebati.
3. Masukkan pula bahan C dan kacau.
4. Tapiskan jika ada ketul2 sebelum masuk ke dalam loyang.
5. Sapu mentega dan tepung didalam loyang sebelum masukkan adunan.
6. Kukus adunan sehingga masak diatas api yg sederhana *jgn terlalu kecil dan terlalu besar!!!
7. Kukus selama 30 - 45 minit.
Untuk Topping, boleh disediakan coklat ganache dengan cara double boiler bersama bahan-bahan seperti
1 cwn milo, 1/2 cwn susu pekat, 2 sdb minyak masak dan 3 sdb air.
Selamat Mencuba!!!
0 Response to "Resepi Kek Kukus Milo"
Post a Comment