Resepi Serimuka Jagung |
1 cawan pulut
1 cawan jagung hiris / jagung dalam tin
2 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)
1 sudu teh garam
Bahan B (lapisan atas - hijau)
1 cawan santan pekat, air tapisan pandan, pewarna hijau
4 sudu makan gula pasir
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh garam
Cara Membuat Lapisan Bawah
1. Basuh dan rendamkan pulut selama 3 jam
2. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak
3. Sapukan sedikit minyak ataupun lapikkan plastik ke dalam loyang
4. Tekan pulut dan jagung yang sudah masak tadi
5 Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas
Cara Membuat Lapisan Atas
1. Campurkan bahan B dan tapis
2. Masakkan sekadar naik wasap
3. Tuangkan perlahan-lahan di atas pulut yang sudah dicakarkan
4. Kukuskan selama 30 minit
5. Sejukkan dahulu, kemudian baru potong
Selamat Mencuba!!!
0 Response to "Resepi Serimuka Jagung"
Post a Comment